Keadilan Cabang Santubong berpeluang menyertai Program “Temu Anwar” Di KLCC pada ahad. Program yang memberi peluang kepada semua bertanya terus masalah semasa kepada PM dan Menteri. Dr. Ishak Johari, Naib Ketua Cabang Keadilan Santubong dan Dato’ ALi Hossen turut serta dalam program ini.
Sementara itu, keresahan para pelajar institusi pengajian tinggi terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang masih mengatur serta mengekang kebebasan mereka sedikit terubat dengan pengakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim bahawa beliau menyokong pemansuhan akta berkenaan.
Adam berkata demikian dalam sesi Dialog Anak Muda: Temu Anwar di KL Convention Centre, KLCC, petang ini
Menurut Adam, percubaan memansuhkan AUKU pernah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 lalu dengan menubuhkan jawatankuasa pemansuhan namun terhenti ketika berlakunya perubahan politik Langkah Sheraton.
Bagaimanapun kata Adam, apabila terbentuk Kerajaan Perpaduan dan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Khalid Nordin dilantik ke jawatannya, Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PH telah menanyakan mengenai pemansuhan AUKU.
“Ia dijawab menteri kerajaan bahawa tidak ada cadangan memansuhkan AUKU dan cadangan ini terus dipertahankan. Kemudian saya bertemu Dr Khalid dan cadangkan kepada beliau supaya diadakan townhall bersama pelajar untuk rujuk kembali keputusan dibuat KPT
“Ahli Parlimen baik kerajaan dan pembangkang terus persoal di parlimen dan saya yakin AUKU akan dimansuhkan (suatu hari nanti), ” katanya dalam sesi soal jawab anak muda bersama menteri.
Namun menurut Adam, ada dua pindaan dibuat berkenaan AUKU. Salah satunya, kebenaran pelajar menguruskan persatuan dan akaun kewangan sendiri. Beliau berharap pindaan tersebut akan menjadi katalis kepada pemansuhan AUKU pada masa hadapan.
“Saya nyatakan AUKU perlu dimansuhkan. Ini tanggungjawab kolektif dalam kerajaan.
“Saya menjadi salah seorang anggota kerajaan (menyatakan) akta ini perlu dimansuhkan,” katanya lagi.