Hari ini, segala-galanya telah berubah. Aku sangat gembira bila kamu sentiasa berada disisi susah dan senang. Segala kegembiraan, kepahitan kita harungi bersama. Sebelum aku mengenali kamu, rupa-rupanya kamu jatuh hati pada aku. Sukar aku menerimanya setelah episod luka yang terhiris pedih menghancurkan seluruh hidup aku. Namun keikhlasan dan ketabahan kamu untuk memiliki aku, aku akui aku tersilap tafsir.
Masa bertahun-tahun berlalu, pelbagai peristiwa suka duka, rencah kehidupan telah dilalui bersama. Namun kamu tidak pernah mengalah. Tidak pernah berganjak. Segala rintangan dalam hidup ini kamu hadapi dengan tenang. Tabah. Lapang dada. Bersemangat. Berani. Lurus. Tegas. Aku sungguh bertuah memiliki kamu. Tanpa kamu disisi aku lemah tanpa bernyawa. Kamu umpama oksigen memberi aku bernafas untuk terus hidup. Aku sangat kagum dengan keberanian kamu mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.
Terima kasih kerana sudi memaafkan masa silam aku yang penuh dengan titik hitam. Kisah silam yang banyak terpesong dari arahNya. Namun, terima kasih kerana kamu sentiasa mengerti apa yang aku lakukan adalah akibat dari kesedihan, tekanan dan keperitan serta kesengsaraan masa silam yang kadang kala membuat aku merasa hidup aku telah hancur. Kamulah penyelamat, pelindung setiap kali aku menghadapi masalah dan derita dihati. Kamulah pengubat luka dihati ini. Hingga aku berjaya ke peringkat ini. Terima kasih kerana memberi sokongan untuk aku terus menyambung pelajaran ke keperingkat PhD. Terima kasih juga kerana memahami kehendak aku yang suka berkawan selama ini yang sebenarnya untuk mengisi keperitan yang aku tanggung selama ini.
Pada hari ulangtahun kamu kali ini, aku berdoa agar kamu dimurahkan rezeki tercapai segala impian dan harapan kita bersama. Kesetiaan dan ketulusan kamu amat aku hargai selalu. Aku tahu biarpun kamu terluka dengan sikap aku, aku tahu kamu tabah menghadapinya. Disebalik senyummu tersembunyi seribu lara, namun tidak pernah kamu megeluh dan kecewa. Maaafkan segala apa yang terjadi.
SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG…lagu ini khas untukmu ADINDA….:-)