Masa terus berlalu. Hari, minggu, bulan, tahun demi tahun tetap berlalu. Umur semakin pendek untuk teruskan kehidupan. Kematian adalah yang pasti bagi jasad yang bernyawa. Aku juga tidak terkecuali. Lantaran kehidupan yang pendek, umur yang singkat, pastinya setiap insan mempunyai harapan dan cita-cita untuk dicapai. Namun kita mestilah berusaha untuk mencapainya.Semakin banyak harapan atau cita-cita yang kita miliki, maka semakin terbuka kemungkinan untuk kecewa, karena adakalanya harapan itu tidak semuanya menjadi kenyataan. Semakin sedikit keinginan atau harapan, maka semakin sedikit pula kemungkinan untuk tidak terpenuhi, sehingga kemungkinan kecewa juga sedikit.
Tahun ini, aku bercadang ingin menulis lagi. Tapi bukan bahan akademik (Bosan menerbitkan buku-buku akademik) tapi ingin sekali menerbitkan sebuah Novel Cinta….hahaha. Sebuah Novel cinta yang pastinya mengisahkan kisah-kisah cinta monyet aku semasa dibangku sekolah hingga lah ke universiti. (Maaflah, aku akui bahawa aku ni memang ramai ‘girl friends’ masa sekolah hingga ke Universiti,)…..Penulisannya sudah hampir siap tapi masih dalam peringkat semakan dan editing. Harap Tahun 2013 ini aku berjaya menerbitkan sebuah Novel Cinta untuk tatapan pembaca yang pastinya setiap orang ada kisah Cinta tersendiri dan amat rumit dirungkaikan!
Novel terkini akan ke pasaran….Tungggguuuu… (contoh Caver) |
Selain itu, harapan aku pada tahun ini lagi, aku ingin sekali melancong ke luar negara. Tahun 2012, aku telah melawat Jakarta, Indonesia dan Bangkok, Thailand. Paling Jauh semasa aku Umrah, Jeddah, Madinah, Makkah, Saudi Arabia. Tapi itu bukan melancong. disitu untuk beribadah. Ingin sekali lagi ke Jepun. Kali terakhir aku ke Jepun semasa aku belajar Program Diploma Kejuruteraan Awam di University of Osaka, Jepun. Tapi kali ini kalau ada rezeki ingin sekali ke Korea. Harap dapat pergi bersama dengan orang tersayang….hanya berdua 🙂
Aku sentiasa berdoa agar tahun ini aku lebih gembira bersama keluarga dan sahabat-sahabat serta teman-teman yang sentiasa bersama. Semoga semua ahli keluarga, sahabat handai, teman teman dirahmati dan dimurahkan rezeki selalu. Aku mengharapkan mendapat sahabat dan teman teman yang Jujur, Ikhlas bila bersama aku. Bukan kerana sesuatu atau kebendaan. Aku ingin seoang yang setia disamping aku menemani hari-hari sepi aku sendirian. Terima kasih semua yang telah memberikan aku bahagia semalam, hari ini, esok dan selama-lamanya. Terima kasih! Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha perancang terbaik untuk manusia, semoga Allah juga merestui cita-cita aku ini…Aminnnnn….