SABTU – 4 Januari 2020: Program Kembali Ke Sekolah Tahun 2020

Pengarah program dan AJK program membuat perbincangan dengan Guru Besar 5 buah sekolah iaitu, SK Telaga Air, SK Sibu Laut, Sk Sungai Aur, SK Temenggong dan SK Rambungan. Seramai 220 pelajar yang bakal menerima bantuan dalam program ini. Bantuan yang diberi berupa kasut sekolah, pakaian, stokin, bag dan alat tulis. Golongan sasar bagi penerima bantuan adalah Kumpulan B40, anak-anak asnaf dan anak-anak yatim. Dana yang diperolehi dari Unit Penyelaras Perlaksanaan (ICU) telah diluluskan sebanyak RM10,000.00 sedangkan permohonan bajet adalah RM28,000.00. Dengan dana yang begitu terhad, pihak AJK program telah menyediakan bajet yang baru bagi membeli keperluan yang akan disampaikan kepada penerima bantuan seramai 202 pelajar. Setelah ditapis oleh pihak sekolah penerima bantuan hanya seramai 181 orang.

Beberapa siri perbincangan antara Pengarah Program dan AJK dengan pihak sekolah telah diadakan termasuk perbincangan Pengerusi PKKPS dengan 5 Guru Besar terntang perlaksaan Majlis Penyampaian Bantuan tersebut. Pada permulaannya, majlis penyerahan bantuan ini sepatutnya diadakan di sekolah masing-masing pada tarikh antara 13 hingga 28 Disember 2019, tetapi tidak dapat dilaksanakan berikutan dana diterima begitu lewat dan tidak dapat membuat persiapan seperti membeli barang-barang sekolah aturcara majlis yang memerlukan kelulusan beberapa pihak.