Kaedah pembelajaran menggunakan teknologi terkini dapat menjimatkan kos secara kolaboratif
Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
Graduan Ijazah Doktor Falsafah (Phd.) Dr. Ishak Johari telah mencipta suasana pembelajaran abad ke 21 yang dapat mengurangkan kos pengajaran dan pembelajaran. Kaedah konvensional banyak menggunakan kertas dan perlu banyak masa untuk menghadirkan diri ke kuliah dengan mengambil ujian, kuiz dan peperiksaan serta tugasan. Dengan sistem baru yang diperkenalkan ini sejak 2016 melalui penyelidikan tesis beliau ‘app’ dalam bentuk Koswer Weblog Multimedia Interaktif (WMI) mampu menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menarik dan menjimatkan kos.
Kaedah pembelajaran ini dalam satu ‘app’ pelajar, pensyarah dan pihak universiti boleh berinteraksi dan berkolaborasi disamping menyediakan nota secara elektronik dengan perisian khas digunakan” katanya.
Tambahannya lagi “ Ujian, Kuiz dan Peperiksaan boleh dijalankan sama ada dalam kelas atau diluar kelas dan mampu menjimatkan masa, tenaga dan kos pembelajaran. Selain itu, semua paparan markah dan kehadiran pelajar dan pensyarah direkod secara automatik sama ada di kuliah mahupun berada atas talian selain tutorial individu dan berkumpulan boleh dijalan secara atas talian” Katanya lagi.
Menurut Penyelia Penyelidikannya, Profesor Dr. Syed Malik Syed Mohamad, Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) menjelaskan produk yang dibangunkan ini telah diiktiraf oleh badan antarabangsa Negara-negara asian dengan mendapat tempat pertama dalam Program Anovasi Pendidikan 2017 yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand.
Selain itu, Profesor Dr. Maizam Alias dari Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (UTHM) telah membantu dalam penyelidikan ini sebagai penyelia bersekutu menzahirkan keyakinan bahawa sistem pembelajaran pada masa hadapan terutama dalam abad ke 21 ini mengalami perubahan selari dengan kepesatan teknologi. Menurut beliau, Weblog Multimedia Interaktif telah dibangunkan selama dua tahun dan diuji keberkesanannya di seluruh Politeknik Malaysia selama tiga tahun melalui penyelidikan ini.
Hamba yang lemah….