Kuching – Program Iftar Ramadan 2024 yang penuh kehangatan telah diadakan di Anjung Kasih, Hospital Umum Sarawak, dianjurkan oleh Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Umum Sarawak. Program yang bermula dari jam 4.45 petang ini tidak hanya memberikan juadah berbuka kepada penghuni, tetapi juga merupakan platform untuk berbuka puasa bersama tetamu jemputan.
Menurut Dr. Ishak Johari, Setiausaha ALP Hospital Umum Sarawak yang juga Pengerusi Pengelola Program ketika ditemui pemberita memberitahu, “Program ini, yang berlangsung dari 16 Mac 2024 hingga 3 April 2024, telah mendapat sokongan besar daripada pemberi sumbangan termasuk YB Awla Deris, ADUN Simunjan, YAB Timbalan Perdana Menteri, jugra merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadilah Yusof, Ahli Parlimen Santubong, YB Datuk Seri Nancy Sukri dan YB Datuk Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali ADUN Samariang. Sumbangan mereka telah memastikan kelancaran dan kejayaan program iftar ini, serta menyebarkan kasih dan keberkatan Ramadan kepada mereka yang memerlukan.”
Pengaran Program Nurhidayah Seetha Abdullah berkata, “Objektif utama program ini adalah membantu meringankan bebanan kos perbelanjaan bagi penghuni Rumah Anjung Kasih tersebut sambil memberikan kegembiraan dan kesejahteraan kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menyediakan platform bagi masyarakat tempatan dan tetamu jemputan untuk berkongsi kasih dan menunjukkan solidariti dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Berbagai menu makanan setiap hari telah disediakan untuk memastikan pelbagai pilihan bagi penghuni Anjung Kasih. Antara hidangan yang disajikan termasuk nasi hujan panas, nasi ayam, nasi beriani, masi penggilan, nasi ayam penyet, dan lain-lain, berserta dengan kuih-muih, bubur, serta air untuk memuaskan selera mereka. Kurma juga menjadi juadah berbuka puasa yang tidak terlepas dari senarai hidangan harian.
Turut hadir George Tang Yuon, Pengerusi ALP, Hospital Umum Sarawak menyampaikan sumbangan juadah iftar setiap hari terlasuk semua ahli Lembaga Pelawat dan penyelia Anjung Kasih turut berganding bahu untuk memastikan penyediaan serta edaran makanan berjalan dengan lancar dan cekap. Mereka berada di sana mulai jam 5.45 petang hingga waktu berbuka, memastikan setiap detik program dijalankan dengan penuh kemesraan dan kecemerlangan.
Program iftar di Anjung Kasih bukan sekadar menyediakan makanan, tetapi juga mencerminkan semangat kemanusiaan dan kepedulian terhadap sesama. Ia merupakan contoh yang baik tentang bagaimana masyarakat dapat bersama-sama menyokong mereka yang memerlukan, terutama dalam bulan yang penuh berkat ini. Semoga program ini memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk melakukan amal kebajikan dan berkongsi kasih di sekeliling kita.