Jemputan Terbuka kepada Warga Pendidik: Sertai Bengkel Pemurnian Proposal PhD UPSI Ambilan Mac 2025

KUCHING, 9 Februari 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjemput warga pendidik, guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) bagi ambilan Mac 2025, menyertai Bengkel Pemurnian Proposal Permohonan Ijazah Doktor Falsafah (PhD.) & Tajuk Cadangan.

Seramai 84 Peserta mengikuti Bengkel ini akan diadakan pada hari Ahad, 9 Februari 2025, dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Jalan Santubong, Kuching, Sarawak. Program ini disusun secara santai namun padat dengan pengisian bermanfaat bagi membantu para peserta menajamkan cadangan tajuk dan memurnikan proposal permohonan PhD mereka.

Peserta dikehendaki membawa komputer riba masing-masing bagi tujuan penulisan dan perbincangan. Bengkel ini amat sesuai untuk individu yang serius dan sedang merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dalam bidang pendidikan atau bidang berkaitan.

Sebagai kemudahan kepada peserta, pihak penganjur turut menyediakan penginapan, sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang sepanjang program berlangsung.

Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian melalui pautan berikut: https://terbilang.edu.my/borang-pendaftaran-online/. Surat jemputan rasmi akan dihantar ke e-mel peserta selepas pendaftaran disahkan.

Peluang ini amat sesuai untuk para pendidik yang ingin melonjakkan kerjaya akademik mereka serta menyumbang kepada pembangunan ilmu dan pendidikan negara. Jangan lepaskan peluang berharga ini untuk membina laluan ke arah pencapaian PhD anda bersama UPSI.