Dr. Ishak Bersama Pelajar PhD dari Sarawak Menziarahi TNCA UPSI Prof. Dr. Abdul Rahim di Hospital Jantung Ampang
Ampang, 19 Februari 2025 – Dr. Ishak Johari, Ketua Pegawai Eksekutif Terbilang Academy Sarawak Merangkap Rakan Straregik bagi Program Khas Master PhD UPIS-TAS telah menziarahi Timbalan Naib Canselor (Akademik) TNCA, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Abdul Rahim yang kini dirawat di Hospital Jantung Ampang, Kuala Lumpur akibat serangan strok.
Dalam kunjungan penuh prihatin itu, Dr. Ishak turut disertai oleh sekumpulan pelajar PhD dari Sarawak yang berada di bawah bimbingan beliau. Kehadiran mereka bertujuan memberikan sokongan moral dan semangat kepada Prof. Dr. Abdul Rahim serta mendoakan kesembuhan beliau.
Menurut Dr. Ishak, Prof. Dr. Abdul Rahim merupakan tokoh akademik yang sangat berjasa kepada dunia pendidikan tinggi negara, dan beliau sentiasa dihormati atas dedikasi serta sumbangannya yang tidak ternilai.
“Kami amat terkesan dengan keadaan Prof. Abdul Rahim dan hadir untuk menyampaikan doa serta sokongan moral kepada beliau dan keluarga. Kami mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan,” ujar beliau.
Ziarah ini turut menyemarakkan semangat ukhuwah dalam kalangan warga akademik serta membuktikan bahawa nilai kemanusiaan dan kasih sayang tetap menjadi teras dalam dunia pendidikan.
Pihak keluarga Prof. Dr. Abdul Rahim turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Dr. Ishak dan para pelajar, yang hadir memberi dorongan pada saat yang mencabar ini.