Bila aku masuk ke bilik Ketua Jabatan (KJ), aku duduk, bersembang sekejap dan bertanya khabar. Tiba-tiba ada satu pertanyaan sinis dilemparkan kepada aku. “Ishak, ko ni buat tuisyen beria-ia, sampai tak de masa,  sabtu ahad pun kerja, gaji suami isteri dah 8000 lebih sebulan, tak cukup lagi ke? atau ko ni banyak hutang ke?” Kata KJ aku. Aku hanya mampu tersenyum dan terperanjat bila pertanyaan itu muncul tiba-tiba. Lama aku memikirkannya. “Aku ni ade banyak hutang ke?” Benak fikiranku tertanya-tanya. Setahu aku aku tak de hutang, semua kad credit yang aku pakai semuanya negative. terbayar lebih. Bank yang hutang dengan aku bukan aku bhutang dengan bank” Bisik hati kecil aku.

Lantas aku menjawab, ” Saya buat tuisyen encik bukan kerana hutang atau kerana duit encik. Saya ni sangat minat menjadi pendidik dan mengajar. Saya sangat bangga bila ada anak didik saya masuk universiti hasil dari didikan saya. Saya banyak luangkan mase dengan kelas tuisyen percuma untuk pelajar-pelajar saya. Lagi pun pernah bayaran yang saya kenakan hanya RM10 bagi satu subjek. kalau saya kejar duit boleh saya kenekan bayaran mahal-mahal macam pusat tuisyen lain hingga RM60 satu subjek.”
“ooo…maknenya bukan kerana duit la,  ko buat tuisyen ni. Harap semua pelajar ko bejaya juge” Balas KJ dengan nada yang sinis.  “Ye, encik.nak katakan duit saya dah ade, Alhamdulillah encik, saya rasa interest atau deviden dari simpanan saya pun same dengan gaji pengarah setahun, tak habis makan pun. Lagi pon setiap bulan gaji saya suami isteri sebagai pensyarah tak usik pun selama 8 tahun saya kerja ni en. ” Jelas aku panjang lebar.
Sekarang baru aku sedar, pandangan masyarakat sekeliling, bila kita berusaha lebih dan dapat keuntungan lebih, ada saje mata-mata dan tangan-tangan kotor yang ingin menjahanamkan serta menjatuhkan kita. Aku harap sahabat-sahabat aku mengerti kenapa aku suke buat tuisyen dan banyak menghabiskan mase dengan pelajar untuk belajar. Kerana pelajaran saje boleh mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik. Itulah lumrah biasa dalam kehidupan ini. Hanya Allah tempat aku memohon pertolongan dan perlindungan agar niat suci dan murni aku ini terpelihara dan berterusan…Aminnnn
Hamba yang lemah….

By dR. iS