Lame benar aku tidak menulis, sibuk dengan urusan belajar, kerja dan rutin harian. Namun, dalam kesibukan itu, aku dapat menjenguk mak abah di kampung. Alhmadulillah, semuanya dalam keadaan baik selalu. Kesibukan pilihanraya amat terasa bila mana aku berada di kampung aku diundang dan dipanggil untuk menyertai pelbagai ceramah politik dari pihak kerajaan mahunpun pembangkang, namun aku kurang waktu untuk memenuhinya (aku akan menulis tentang pandangan dan analisa aku tentang pilhanraya dalam tulisan akan datang).
Namun, dalam kesempatan yang sedikit aku telah bertemu semula kawan sekolah, R yang telah lama tidak ketemu. Hampir puluhan tahun. Aku gembira dan teruja tapi hanya masa yang singkat tidak dapat aku ceritakan pahit manis, gumbira duka yang aku lalui kini. Hanya masa menghabiskan secawan kopi dan sekeping roti canai, kami sempat bercerita saat-saat ibu kami masing-masing sewaktu mahu melahirkan kami di Hospital terpencil di daerah Kuala Lipis ini. Ibu aku dan R berada di wad yang sama bersembang-sembang sementara menunggu kelahiran aku dan R. Di akhir cerita, R menyatakan ibunya masih mengingati aku dan keluarga aku dan masih merhubung rapat walaupun kami berjauhan. Begitulah kehidupan kampung saling mengenali dan saling berkenalan serta mempunyai hubungan yang rapat walaupun tiada kaitan darah.
Aku mengharapkan, bahawa mereka yang mengenali aku dan keluargaku, sentiasa bersama dibelakang aku menepis segala tohmahan, cemuhan, makian dan kejian terhadap pandangan peribadi aku selama dalam media sosial baru-baru ini. Aku juga tidak menyangka mereka semua lebih dahulu mendapat berita berbanding aku di Sarawak. Berita fitnah melalui media arus perdana terlalu cepat dan pantas disemenanjung Malaysia. Tidak mengapa, mereka akan bayar di ‘sana’ nanti atas segala tohmahan, cemuhan dan fitnah terhadap keluarga aku.