Salam untuk semua sahabat dan rakan taulan tidak kira dimana berada.
Menarik sungguh kehidupan ini. Ada hidup dalam realiti dan ada juga hidup dalam fantasi dan dunia khayalan. Coretan kali ini aku tidak ada niat untuk aku memandang rendah kepada sesiapa. Aku cume tidak suke orang yang menunjuk kaya tetapi hakikatnya sebenarnya tidak begitu. Hidup ini biarlah realistik. Apa salahnya, kita hidup dalam dunia yang nyata tidak perlu berpura-pura dan berlagak kaya untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia. Tuhan Maha mengetahui. Kite harus sentiasa bersyukur.
Aku mengenali Danish lebih 2 tahun. Kehidupan realitinya tidak sama yang digambarkan dalam laman sosialnya iaitu fb, page fb (yang aku ketahui) yang menggambarkan dia seorang yang kaya raya dan hidup dalam kemewahan. Kononya memiliki Apartment mewah, Mercedes-Benz, harta dan aset yang banyak, tapi hakikat sebenarnya membeli motosikal pun kadang kadang tetunggak bayaran. Bil air dan elektrik pun kadang-kadang tidak terbayar (beberapa contoh saja). Dengan gaji yang tidak seberapa berlagak seperti anak orang kaya. Kononnya pergi ke Paris, Beijing, London, Jepun dan sebagainya yang ditunjukkan dalam fb dengan gambar-gambar yang di edit, tapi hakikatnya kapal terbang pun belum pernah naik. Sungguh memalukan. Aku terfikir, pelbagai jenis dan ragam dalam kehidupan ini.
15 Jun Hari bapa, sebaik selesai majilis makan malam meraikan Hari Bapa di Restoren Bangkok Thai, aku diminta oleh keluarga aku untuk bertemu dengan Danish dan keluarganya. Aku pada mulanya berkeras tidak bersetuju. Sebenarnya aku pun telah melupakan Danish dalam hidup aku. Aku didesak oleh keluargaku beberapa kali, akhirnya aku mengalah dan bersetuju untuk menziarahi Danish keluarganya. Sebaik sampai dirumah aku tidak turun dari kereta. Keluarga aku memanggil-manggil Danish dari luar rumah tetapi tiada jawapan. Sedangkan TV, kipas, tingkap terbuka. Hampir setengah jam keluarga aku memanggil. Kemudian aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Tetapi melihat ahli keluargaku merasa hampa. Aku cuba menyiasat, sebenarnya aku faham bahawa Danish tidak mahu menerima kehadiran kami. Tapi melihatkan keluarga aku begitu kecewa, aku turun dan memanggil Danish dan akhirnya dia keluar. Aku tahu yang dia suke berpura-pura dan talam dua muka. Lupakan..
Disepanjang keluarga aku di rumahnya aku hanya terdiam dan tidak mahu keluarga aku perasan yang aku tidak senang untuk ke rumah Danish. Keluarga aku bersembang rancak. Aku cuma terdiam dan menonton TV. Sebelum pulang aku bersalaman seperti biasa dan becakap akan datang semula. Sebenarnya, ucapan itu hanya untuk menampakkan kemesraan. Sebenarnya, memang aku tidak mahu berhubung dengannya lagi kerana aku tahu sikapnya yang suke bermuka-muka. Aku begitu berkeras tidak mahu datang kerumahnya lagi cume keluarga aku beria-ia benar kerana ingin mengekalkan silaturrahim dan hubungan baik yang terjalin selama ini.
Apa yang ingin aku katakan, biarlah kite hidup dalam realiti. yang ada, katakan ada, yang tidak ada, katakan tidak dan jangan yang tidak ada, di ada-adakan. Tidakkan kite rasa malu? pada diri sendiri dan masyarakat disekeliling kita. Apatahlagi ramai orang yang mengenali kite. Kita tak punya tapi berlagak kaye. Walaupun aku seorang jutawan, berada, namun aku tetap ‘humble’ dan memberi layanan baik kepada semua orang walaupun seorang hanya cleaner di rumahku. Sikap aku suke menolong orang ini, aku pasti aku bahagia sekarang kerana aku sentiasa dikelilingi oleh adik-adik sahabat-sahabat yang baik-baik dan beriman serta beramal soleh. Taat pada agama. Bagi aku, aku cukup kecewa mengenali orang seperti ini. Jauh terpesong. Kini aku bertekad aku akan berhati-hati untuk menggangap seseorang itu adik.
Keluarga aku pernah berpesan kepada aku “kalau kita hendak dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, berbuat baiklah kepada ibu bapa dan hubungkanlah silaturrahim”. sebab itu aku mengalah menuruti kehendak keluarga aku. kenangan aku bersama Danish telah lame terkubur. Aku berharap aku diberi kekuatan dan tidak goyah dan rapuh dalam kehidupan ini.