Simpan Baik-baik Kata Laluan Anda

Passwords atau kata laluan memang digunakan dalam semua aplikasi sebagai sekuriti samada dalam bentuk nombor, abjad atau pattern. Ia sangat penting untuk mengakses telefon, fb, instragram, tweetter, blog dan sebagainya. Jadi, wajarlah kita mencatatnya agar tidak terlupa dan menyimpannya di tempat rahsia. Apatahlagi jika kata laluan untuk akaun bank, kad ATM, kad Debit/kredit memanglah sangat penting disimpan ditempat yang selamat.

Banyak pengajaran dan cerita tentang kata laluan ini yang terjadi dalam hidup aku. Kes pertama iaitu password untuk mengakses telefon bimbit. Kerana aku ni jenis yang suke bagi orang lain gune telefon. Adakalanya mereka telah salah guna demi kepentingan sendiri sehingga satu kes ini aku bermasam muka dengan sahabat baik sendiri. “kata-kata tajam bak pisau”. Adam salah seorang sahabat baik aku yang juga aku anggap seorang adik yang sangat rapat. Aku kenal Adam hampir empat tahun. Tidak dapat dinafikan aku dengan adam memang rapat. Kami seperti adik beradik. Keluarganya juge adalah keluarga angkat aku di Sarawak ini. Biasalah aku sorang-sorang merantau. Kemudian aku mengenali seoarang lagi adik angkat yang kerja di sebuah restoran terkenal di kuching. iaitu Tengku Danish, dalam beberapa bulan sahaja kami menjadi rapat. Aku sering juge ziarah ahli keluarganya. Ibu dan ayahnya yang telah tua dan sakit-sakit yang tinggal satu daerah terpencil di utara Bandaraya Kuching. Kadang-kadang aku membawa orang tua Danish ke hospital swasta dan membayar rawatannya sebagai ingin membantu kerana mereka bukanlah orang berada. Dalam pada itu aku juge mengenali Roy dan keluarganya dalam dua tahun sebelum aku mengenali Danish kerana aku sering keluar ke pustaka bersama-sama Roy.

Beberapa bulan kemudian, ayah Danish telah meninggal dunia dan aku sering juga bertahlil arwah, ziarah ibunya, dan kami menjadi rapat. Kadang-kadang aku menghabiskan masa bersama Danish dirumahnya. Walaubagaimanapun, aku tidak mengabaikan hubungan aku dengan Adam. Persahabatan kami tetap seperti biasa. Nak dijadikan cerita, Aku sering bermalam di rumah Danish. Pada mulanya aku tidak tahu yang Danish selalu membuka handphone (hp) aku setiap malam untuk melihat mesej-mesej aku dengan adikadik aku yang lain. terutama Adam dan Roy. Malah dia juga akan membalas mesej-mesej itu bagi pihak aku tanpa pengetahuan aku. Jadi datanglah rasa iri hati dan cemburu dia terhadap Adam dan Roy setelah membaca mesej-mesej aku kerana aku sering memberi perhatian dan semua permintaan Adam dan Roy aku tunaikan sedangkan banyak pemintaan luar biasa Danish, jarang aku tunaikan kecuali memberi wang belanja harian.

 Dipendekkan cerita, Roy rapat dengan Fiq, Fiq juga kawan aku dan rapat juga dengan Adam kerana Fiq belajar di Unimas yang selalu menumpang tidur dirumah Adam. Roy kenal Fiq melalui fb aku dan Fiq dengan Roy bertambah rapat. Fiq telah mesej dan memarahi aku, bertanya kenapa aku mengeluarkan kata-kata makian dan cacian dan mengungkit segala pemberian aku terhadap Roy. Aku agak terkejut dan aku mula menyiasat. Aku hubungi Fiq dan minta hantar semua mesej dan tarikh, masa aku membalas mesej tersebut. Aku juga memberitahu Roy bahawa bukan aku yang membalas mesej-mesej seumpama itu. Malah Roy kenal sangat dengan sifat dan sikap aku yang bersifat lemah lembut dalam tuturkata. Apatahlagi mengguna kata-kata yang kasar dan lucah untuk maki hamun orang, itu bukan sikap aku (Alhlamdulillah, Roy terima penjelasan aku yang mesej itu bukan datang dari aku). Tapi yang menyedihkan aku, hubungan aku dengan Adam semakin renggang. Banyak mesej aku dengan Adam dibalas oleh Danish dengan kata-kata kesat dan mengungkit pemberian aku terhadap Adam selama ini (Aku kesal aku belum sempat menjelaskan perkara sebenar kepada adam kerana adam telah menjauhkan diri dari aku selepas kejadian ini, sehingga kini aku dan Adam bermasam muka).


Siasat punye siasat rupe-rupenye semasa aku tidur Danish yang membalas mesej aku kerana pada suatu malam aku berpura-pura tidur, mesej dari Roy dan Adam masuk.Pasti dan benar. Yakin. Memang Danish membalas mesej-mesej Roy dan Adam. Aku membiarkan perkara itu berlaku dalam beberapa minggu bagi tujuan aku memerangkap Danish.

Tiba masanya aku keluar dengan Danish dan memaksa Danish menceritakan apa yang dilakukan semasa aku tidur kerana aku tahu perbuatannya selama ini. Akhirnya Danish mengaku yang dia telah membals mesej-mesej Adam dan Roy dengan kata-kata kejian, hinaan, hasutan dan mengungkit segala pemberian aku. Danish berbuat begitu atas alasan supaya Adam dan Roy menjauhi aku dan hanya memberi perhatian kepadanya sahaja. aku pun bertanya bagaimana Danish tahu password hp aku. Aku terlupa yang Danis selalu menggunakan telefon aku dan tahu kata laluannya. Aku amat kesal. Orang yang aku percaya rupa-rupannya tidak jujur. Inilah keburukan sikap aku, terlalu mudah mempercayai orang lain sehinggakan yang peribadi dan sulit pun mereka tahu. Tetapi selepas kejadian itu, aku berhati-hati.Tapi sekarang aku dengan Danish tidak begitu rapat selepas kejadian itu.

Apa yang aku kesalkan daripada kejadian itu, telah membawa keretakan dan kehancuran ikatan persahabatn aku dengan Adam yang telah bertahun-tahun terjalin. Jika ada masa aku bertemu dengan Adam suatu hari nanti, aku ingin sekali menceritakan perkara ini. Aku jujur dan ikhlas, aku tidak pernah mengeluarkan kata-kata kejian, makian dan menghina adam apatah lagi keluarga adam dimana tempat aku menumpang kasih sayang dan makan minum selama bertahun-tahun. Hubungan aku terus menjadi renggang walaupun aku cuba untuk mendekatinya. Kini sudah hampir setahun aku dan Adam tidak bertegur sapa, tidak lepak bersama, keluar makan bersama, jogging bersama.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita patut berhati-hati menyimpan kata laluan yang penting seperti telefon, apatahlagi kad bank yang melibatkan pengeluaran wang dari akaun bank. Ia sangat sulit dan bahaya jika ada orang lain tahu kerana boleh disalahgunakan. Sambungan dalam kes kedua nanti. Adious!


Hamba yang lemah….

By dR. iS