KUCHING, 20 Mac – Website Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) telah dilancarkan secara rasmi petang tadi dengan domain www.dekoms.org. Orang ramai dan ahli boleh melayari website bermula petang tadi. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Bujang Boji Sitam, Presiden DEKOMS. Hadir bersama majlis tersebut Ts. Dr. Ishak Johari merupakan orang yang penting dalam membantu membangunkan website tersebut. Turut Hadir Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi DEKOMS.
Laman Web DEKOMS dibangunkan bertujuan adalah untuk: 1. Menghebahkan program-program dan aktiviti-aktiviti terkini DEKOMS. 2. Mempromosikan usahawan DEKOMS termasuk produk dan peniagaan mereka. 3. Boleh membuat pendaftaran ahli secara atas talian. 4. Boleh membuat pembayaran yuran, sumbangan dan apa sahaja transaksi kewangan melalui pembankan internet. 5. Membuat tempahan kursus, bengkel dan program yang memberi manfaat kepada ahli DEKOMS.
Oleh itu, DEKOSM sangat menggalakkan usahawan-usahawan DEKOMS untuk ada website sendiri kerana banyak kegunaannya di era digital ini. Selain mempromosikan perniagaan dan produk melalui media sosial seperti facebook, Instagram, twitter dan yang terbaru Tik Tok.
Website DEKOMS ini telah dibangunkan oleh Ybrs. Ts. Dr. Ishak Johari beberapa minggu yang lalu. Dr. Ishak merupakan Ahli DEKOMS sejak awal penubuhan DEKOMS. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah di Politeknik Kuching Sarawak dan Politeknik Mukah. Beliau telah menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (TVET) dan kini menjawat Jawatan Profesor Madya secara Kontrak Di sebuah Universiti Awam.
Hari ini DEKOMS amat berbangga dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli DEKOMS khususnya dan masyarakatnya setempat amnya dalam dunia pendigitalan. Semoga website ini dapat memberi manfaat kepada ahli dan usahawan tempatan Sarawak.