“Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang rosaklah badan”…tentu kite semua pernah dengar lirik lagu Tan Sri P. Ramlee dalam sebuah filem yang popular suatu ketika dulu. Ada betulnya. Semalam kite memohon keampunan, hari ini kite tetap bersyukur dan esok, kita berserah harap dengan keizinan tuhan kite terus bernafas.

Dulu, aku hanya megejar kekayaan dan harta. Nak sangat gelaran jutawan. Namun semua tu dah tercapai pun. Tapi kali ini aku ade cita-cita untuk terus mendapat cemerlang dalam PhD aku. Semua orang mencipta azam. Kerana keazaman yang kuat saje akan dapat mencapai kehendak dan cita-cita. Pada tahun ini, aku memulakan azam untuk terus berusaha mengekalkan kecemerlangan dalam phD aku. Pada tahun ini, aku tidak mahu membazir wang. Ratusan ribu aku habiskan untuk membeli barangan yang berjenama. Semuanya aku rasa dan fikirkan ia agak membazir. 

Tahun ini, aku mengharapkan kasih sayang antara kami adik beradik akan terus subur. Jika ada persahabatan yang terputus, harap dapat berfikiran riasonal akan bercantum dan bertaut kembali. Pesahabatan yang terjalin akan terus erat. Maafkan aku jika ada kesalahan dan kesilapan dahulu. Aku hanya manusia biasa yang tidak telepas dari kesilapan zahir dan batin. Selain itu, aku mendoakan kejayaan untuk meraka yang aku sayang sentiasa berjaya dalam kerjaya dan pelajaran.

Walaupun tidak mudah bagi aku untuk melupakan kepahitan yang berlaku, namun aku aku ingin menjadi sorang yang pemaaf. Biarlah ape yang berlaku dijadikan pengajaran dan pedoman serta panduan hidup. Setiap yang berlaku tentu ada sebabnya. Namun aku harap semuanya akan kembali baik. Aku kini sendirian. Aku rasa kehilangan. Rasa sunyi tanpa mereka yang aku sayang. Mereka sudah membawa haluan masing-masing. Biasanye begitulah dalam kehidupan. Datang dan pergi. Namun aku bersyukur kerana aku sentiasa bahagia dan gembira bila mereka disisi…Rindu kamu semua!


Tahun ini aku rancang dapat menunaikan umrah bersama keluarga. Mak dan zarul. Jika diizinkan. Bajetnya sudah lame tersimpan. Cume masenye belum sesuai. Aku harap hasrat murni aku tercapai. Dalam kerjaya aku tidak mengharapkan ape ape. Business tuisyen pun berjalan seperti biasa. Harap dapat mendidik lebih baik dan ramai lagi akan berjaya. Bukan kekayaan yang dikumpulkan, tetapi sedikit bekalan untuk alam akhirat.



Selamat Tahun Baru 2014, semoga semuanya akan sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa mendapat keberkatan serta berjaya dunia dan akhirat…

Mulai saat ini….01.01.2014…




Hamba yang lemah….

By dR. iS