Lama tak update blog ini. Sambil2 menunggu ibubapa datang untuk pendaftaran tuisyen tahun depan di pusat tuisyen Sukma catat kembali 12 – 18 November lepas ke Pulau Pinang.
Sabtu, 12 November 2016
Sampai Airport Penang, terus ambik uber cek in TH Hotel hampir dengan airport Bayan Lepas. Sampai sudah lewat malam dalam sekitar jam 10malam. Rase ingin rayau-rayau bandaraya panggil uber turun bandar pekena Chay Kuar Teow makanan popular penang selain laksa penang ori, sambil ambil udara malam di Bandaraya Pulau Pinang. Hebatnya Bandaraya Pulau Pinang, jauh berbeza Bandaraya Kuching. Bangunannya tinggi-tinggi. Sangat hebat. Tetapi jalanrayanya agak kecil walaupun 2 atau 3 link.
Ahad, 13 November 2016
Pagi hingga petang berjalan2 di Queensbay lepas makan jalan-jalan di sekitar pantai melihat keindahan Jambatan Pulau Pinang. Jam8 Malam pulang semua ke Hotel untuk pendaftaran (Pendaftaran bermula jam 3petang) Seminar Majlis Dekan-dekan bermula keesokannya. https://medc.usm.my Hari ini tidak dapat lagi makan nasi padang atau nasi kandar. Makanan2 di sini agak pedas. Setiap kali makan pasti bersama hidangan ada sambal belacan dan air asam.
Isnin, 14 November 2016,
Seawal Jam 8 pagi terus ke Dewan Mutiara untuk program seminar. Bermula dengan Ucaptama Profesor Dr. Rashid dan Profeseor Dr. Baharuddin Aris. Lepas Minum pagi bermula program selari Jam11pagi – Jam 1.00tengari, pembentangan jurnal-jurnal oleh pembentang dari universiti Awam seperti UKM, UPM, USM, UTHM, UTM, UMS, KUIM dan lain-lain. Program selari bersambung selepas makan tengari jam 2.30-5.30petang. Sebelah Malam upacara Perasmian Seminar. Ini kali pertama Majlis Perasmian dibuat waktu malam bersama Majlis Makan Malam. Proresor Dr. Asma, Naib Cencelor USM merasmikan acara ini. Majlis Berakhir jam 10.30 Malam.
Selasa, 15 November 2016.
Seawal Jam 8 pagi masih ada pembentangan kertas kerja di Dewan Mutiara oleh wakil-wakil universiti. Selepas minum pagi program selali bersambung dengan pembentangan jurnal-jurnal dari individu dan kumpulan. untuk program seminar. Sebelah petang saya juga membentangkan jurnal teknologi pendidikan sebelum majlis penutupan jam5.00 petang. Majlis bersurai selepas minum petang.
(BERSAMBUNG……)