Salam buat sahabat semua…

Agaknya tidak terlewat aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada sahabat semua. Agak lama juga aku tidak menulis. Kesibukan yang ketara bila menjelang cuti akhir tahun. Biasanya bersama keluarga dan sahabat bercuti rehat.

Bila akhir tahun, topik perbualan seperti biasa iaitu azam tahun baru. Ya. Aku juga seperti kalian. Mempunyai azam tahun baru. Pertamanya, aku ingin sekali membahagiakan keluarga dan sahabat tersayang. Keduanya, bagi mereka yang blok aku dari instrgam, FB, Wechat dalam media sosial yang lain, aku beranggapan bahawa mereka ini ingin melupakan aku. Jadi aku seharusnya juga melupakan mereka. Terima kasih kerana memberi aku banyak pengalaman dan pengajaran. membolehkan aku memilih siapa kawan siapa lawan.

Kita sepatutnya harus bahagia. Tidak perlu mengingati orang yang melupakan dan tidak memerlukan kita. Harap mereka semua itu bahagia. Tekad aku ingin melupakan segala kepahitan yang aku alami. Terima kasih kepada meraka yang setia bersama aku hingga kini dalam susah dan senang, dalam suka dan duka. Selamat tinggal kepada mereka yang menjauhi aku dan sering lari dari kebenaran. Hidup dalam kepura-puraan akan menghilangkan rasa bahagia.

Selamat Tahun baru, harap semua akan berjaya dalam apa juga perkara yang dihajati…Aminnn

Hamba yang lemah….

By dR. iS