Segala Pujian Untuk Allah Tuhan Semesta Alam, Alhamdulillah dalam kesempatan yang singkat ini dapat memenuhi Jemputan pihak Alumni UPSI Pusat Alumni UPSI TNC HEPA UPSI untuk menyampaikan Anugerah kepada Graduan Sempena Istiadat Konvokesyen ke-25 di Kampus UPSI Tanjung Malim Perak.
Anugerah Khas Inovasi Dr. Ishak Johari untuk Tahun ke-2 disampaikan kepada Graduan yang Terbilang yang dipilih melalui Penilaian Fakulti, Temuduga serta perkenan Senat sebelum berjaya dinobat semasa Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-25 hari ini.
Tahniah kepada Penerima Saudara Muhammad Hafizul Helmi Kamaruddin, Pencapaian selama 4 Tahun dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 1) Latihan Mengajar Antarabangsa ke Indonesia pada tahun 2022. 2) Gold Award – Asian Youth Innovation (Malaysian Teknologi Expo 2021). Projek yang di bangunkan -Alat Bantu Mengajar Sistem Hidraulik. 3) Gold Award – Pertandingan RekaCipta Inovasi International & national 2022 (PRIIN 2022), Projek yang di bangunkan : Alat bantu mengajar sistem Gear. 4) Johan Early Career Expo (E.C.E) : Unlock Your Future 2019, Projek yang di bangunkan -Alat Bantu Mengajar Sistem Hidraulik.
Jawatan yang pernah di sandang beliau, 1) Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Teknologi Kejuteraan sidang 2020/2021. 2) Naib Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Teknologi Kejuruteraan sidang 2019/2020, Malim, Perak.
Walau bagaimanapun aspek utama penilaian adalah ciri-ciri inovasi yang tinggi, ketokohan dalam memimpin satu organisasi dan serta elemen menyumbang kepada masyarakat setempat serta mempunyai akhlak yang terpuji yang dizahirkan oleh graduan Terbilang ini.
Penerima Anugerah membawa pulang Sijil, Selendang, Wang Tunai RM1,000 dan juga Trofi.
Semoga sumbangan yang kecil ini dapat membantu menggalakkan para pelajar terlibat dengan program-program inovasi melahirkan teknologis pelbagai bidang untuk Negara tercinta ini.
Tahniah sekali lagi kepada Penerima Saudara Muhammad Hafizul Helmi Kamaruddin dari Fakulti Teknikal Vokasional, UPSI yang kini sedang menyiapkan tesis Sarjananya.
Dr. Ishak Johari
Kuching, Sarawak
#anakkandungsuluhbudiman
#upsi100tahun