Berakhir sudah program mengimarahkan Bulan Ramadan yang mulia ini. Sepanjang Bulan Ramadan, PKKPS telah membuat sumbang kepada masjid-masjid terpilih di sekitar kuching termasuk Masjid Bahagian, Masjid Jamek, Masjid Al Falah, Masjid Matang Jaya dan beberapa surau setiap minggu berupa buah kurma, air mineral dan bubur lambuk.

Sebanyak 1 beral buah kurma dan 240 botol air mineral telah disumbangkan setiap minggu memenuhi permintaan jemaah masjid-masjid sekitar Kuching. Semua sumbangan adalah dari Pengerusi dan AJK PKKPS. Selain itu, PKKPS juga telah berjaya mengumpul dana berbentuk wang tunai untuk pengurusan program pada masa akan datang sebanyak RM50,000.00 daripada 8 orang penderma termasuk beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang turut menyumbang.

Selain itu, program berbuka puasa dijalankan dengan membungkus makanan dan diedarkan kepada jemaah selepas solat asar di Masjid Bahagian Kuching setiap hari Khamis. Menu yang disediakan adalah Mee Kari, Bubur Lambuk, Nasi Beriani Kambing dan Nasi Ayam. Turut menyumbang adalah Cafe Hidayah dan Cafe Al-Bukhari selain dari Team MUDA Sarawak.

Pihak PKKPS mengucapkan terima kasih kepada dermawan-dermawan menjayakan program sepanjang Bulan Ramadah ini. Semoga kita semua memperoleh rahmat dan ganjaran yang besar dari Allah SWT.