KUCHING, 20 Mac – Sempena Kempen Keahlian dan Pelancaran Lamanweb dekoms.org, turut diadakan pertandingan Karaoke Dekoms Idol 2022 yang berlangsung di Mydin Mall Petra Jaya, Kuching (penaja utama) pada 20.3.2022 mulai 9.30 pagi. Seramai 25 peserta solo dan 12 peserta duet telah bersaing mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan ini. Pemenang tempat pertama dalam kategori solo bebas menerima wang tunai RM300 beserta hamper telah dimenangi oleh Mohd Arif Zakuan, tempat kedua Zainal Putit menerima wang tunai RM200 dan hamper dan tempat ketiga Syarifah Hanifah dengan wang tunai RM100 dan hamper manakala saguhati menerima hamper dari tempat ke empat hingga ke sepuluh. Pemenang akan dibawa ke peringkat bahagian kelak.

Bagi kategori duet bebas tempat pertama menerima wang tunai RM500 dan hamper dimenangi oleh Affendi dan Syarifah Hanifah, tempat kedua Ajis Majid dan Mahazir dengan wang tunai RM300 dan hamper dan tempat ketiga pula oleh Addy dan Kamarul Lee menerima wang sebanyak RM150 dan hamper, manakala saguhati dari tempat keempat hingga ke lapan. Persembahan terbaik telah dimenangi oleh Karl Arjuna dan Addy manakala pakaian terbaik oleh Sabrina. Seramai 4 orang juri telah diketuai oleh Tuan Haji Hassani Ismail, Cikgu Abd Latip komposer lagu, Encik Bujang MS dan Puan Rabiah Amit yang telah mengadili pertandingan ini. Selain itu, booth-booth jualan juga diadakan kepada ahli-ahli. Sumbangan daripada YB Rosey, YB Sharifah Hasidah, Mira Kek House, Aliya Anisa (Smile Bakery), Onxon Sdn Bhd, orang-orang perseorangan turut sama menjayakan pertandingan Dekoms Idol 2022.