Dr. Ishak Johari Official Blog Isu Semasa,Terkini Penubuhan Koperasi Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) Berhad

Penubuhan Koperasi Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) Berhad


KUCHING – PAMS mengorak selangkah kehadapan dengan penubuhan Koperasi Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (Koperasi PAMS Berhad). Mesyuarat penubuhan Koperasi PAMS Berhad telah berlangsung di Aras 2, Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kuching dengan dihadiri 20 lebih orang. Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi menyaksikan Prof Ts Dr Bidin Chee Kifli sebagai Pengerusi, dibantu oleh Dr Ishak Johari sebagai Timbalan Pengerusi, manakala jawatan Setiausaha disandang oleh Puan Masmanis Mohd Yusof, Bendahari oleh Puan Hasni Abd Khalik dan Encik Fudin Chee Kifli, Encik Noordin Johari, Tuan KK Hajili Amir, Encik Yahya Engga dan Puan Jumatia Hamdan masing masing sebagai Ahli Lembaga Koperasi bagi sessi 2023/2024.

Tuan Ikeram Yan, Encik Rasid Seli dan Encik Yusuf Abdullah diletakkan sebagai Penasihat Panel Dalaman koperasi, manakala Juruaudit Dalaman pula ialah Encik Ramli bin Bujang dan Puan Maria Salim. Turut hadir sama pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Puan Rozalina Sabri dan Encik Sulaiman Mohd Busrah.

Dalam pada itu Koperasi PAMS menyasarkan aktiviti utamanya ialah pertanian dan penternakan, perkhidmatan, pengurusan acara dan kontraktor serta beberapa aktiviti lainnya.

Related Post

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi ADUN Pantai Damai, SantubongMajlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi ADUN Pantai Damai, Santubong

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti & Komunikasi Sarawak & Keluarga di Hotel Waterfront, Kuching. Sungguh meriah kehadiran ribuan rakyat dari Dun Pantai

Dr Ishak Anjur Bengkel Penulisan Proposal Ijazah Doktor Falsafah, PhD di IAB SarawakDr Ishak Anjur Bengkel Penulisan Proposal Ijazah Doktor Falsafah, PhD di IAB Sarawak

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Terbilang Academy Sarawak mengadakan Bengkel Penulisan Berkesan Proposal PhD di Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Sarawak. Program sehari itu berlangsung di mini auditorium IAB