Kuching – PAMS telah menghadiri majlis yang diadakan oleh Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) bagi meraikan Majlis Perjumpaan Bersama Persatuan-persatuan yang lain merupakan ulangtahun keempat DEKOMS. Majlis itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Awla bin Dris ADUN N.25 Simunjan.
Antara lain pendekatannya ialah bagi persatuan-persatuan untuk sama sama bergerak seiring jalan atau dengan kata lain Segulai Sejalai serta menyokong kerajaan kepimpinan Sarawak sekarang dibawah YAB Premier Sarawak. Selain dari PAMS turut sama dalam majlis perjumpaan itu ialah Koperasi PAMS, Pertubuhan Kepimpinan Dan Keterbilangan Pelajar Sarawak, Persatuan Bekas Kakitangan Jabatan Penerangan Sarawak (PENERANG), Persatuan Angkatan Tentera Veteran Malaysia, Persatuan Kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak, Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Sarawak, Skuad 69, ahli-ahli perniagaan dan lain lain.