SANTUBONG – Majlis Iftar dan Apresiasi Cabang Santubong telah diadakan di Hotel Grand Margerita, Kuching sebagai menghargai Jawatan Kuasa Penggerak Cabang Santubong yang telah terlibat sepenuhnya dalam menjayakan pelbagai program sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak 1444H ini. Program yang dianjurkan seperti Program Bubur Lambuk sepanjang Ramadan, Edaran Bakul Rahmah sebanyak 200 bakul di 15 buah Kampung di sekitar Parlimen Santubong termasuk Kampung Jaya Bakti, Kampung Telaga Air dan Kampung Gersik. Program dihadiri oleh Ketua Cabang, Ahmad Nazib Johari, Timbalan Ketua Cabang Saudara Wahid, Naib Ketua Cabang, Dr. Ishak Johari dan Pengerusi Tetap merangkap Setiausaha Cabang Dato’ Ali Hossen Abang dan semua AJK Cabang serta ahli yang terlibat. Turut serta team Media dan wartawan TVS Astro menghargai sumbangan mereka yang telah memberi liputan sepanjang program Ramadan diadakan. Majlis Iftar diakhiri dengan penyampaian baju korporat cabang oleh Ketua Cabang Santubong Saudara Ahmad Nazib Johari sebagai cenderamata. Beliau berharap semoga program Ramadan Rahmah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.