Sebuah bahan bacaan yang sangat berharga bagi mereka yang dahagakan ilmu. Banyak membincangkan tentang kemaafan. Pengertian kemaafan. Langkah-langkah memaafkan, Memaafkan dalam pelbagai agama dan kepercayaan, Memaafkan orang sekeliling seperti keluarga, kanak-kanak, pasangan, kawan dan sebagainya. 

Memaafkan menurut Agama Islam (Page 78), Kristian, Judaism, Bahai,  Taoism, Sikhism, Buddhism dan Hinduism. Selain itu, menerangkan juga tentang terperinci memaafkan orang yang sentiasa berhubung dengan kita terutama kawan-kawan dan keluarga.

Kita sepatutnya memafkan orang yang menganiaya kita. Menipu kita dan membuat janji-janji kosong terhadap kita. Tapi sebagai manusia, kita mempunyai perasaan dendam dan selalu menyimpan sesuatu dalam diri sehingga sukar untuk memaafkan sampai ke mati. Sebab itulah kita harus sedar apa yang mereka lakukan terhadap kita, biarkan saja Yang Maha Esa membalasnya. Kerana di padang Mahsyar nanti semua manuasia akan melalui sebuah neraca dinamakan Neraca Mizan. 

Memaafkan dan berlapang dada adalah untuk kehidupan yang lebih baik. Umur yang panjang. Kerana kita tidak perlu fikir apa-apa yang membebankan. Segala penganiayaan dan penipuan serta kepura-puraan yang mereka lakukan itu harus mereka bayar dikemudian hari. Sadar bahawa, kita tidak layak untuk menghukum. Dengan cara ini pasti hidup kita lebih bahagia dan gembira. 

Apa pun yang terjadi….
Berjalanlah tanpa henti…..

13 Mac 2015


Hamba yang lemah….

By dR. iS