Pusat Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah sempena Majlis Makan Malam Alumni Back To Campus 2026 yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS).
ANUGERAH IKON ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN
– Kategori Ikon Pengurusan: Dato’ Mohamad Fauzi bin Mahson
– Kategori Ikon Kesukarelawan: Encik Mohd Hayadi bin Abd Ghani
– Kategori Ikon Keusahawanan: Dr. Nur Adillah binti Ramly
– Kategori Ikon Sukan: Dr. Fatin Nurfatehah binti Mat Salleh
– Kategori Ikon Inovasi: Puan Raja Nor Ashikin binti Raja Harun
ANUGERAH ALUMNI SEPANJANG ZAMAN
– Dato’ Sri Hj. Abdul Jabbar bin Hj. Ibrahim
– Haji Idris bin Daud
– Dato’ Md. Noor bin Udoh
ANUGERAH TOKOH ALUMNI WIBAWA
– Datuk Muslimin bin Yahaya
– Dato’ (Dr.) Ahmad Sani bin Dato’ Abdul Alim Araby
– Kapten TC Dr. Baharin bin Baharom
– Dr. Ishak bin Johari
– Encik Mohamad Azmi bin Ahmad
Pengiktirafan ini merupakan lambang penghargaan atas sumbangan, kepimpinan dan jasa bakti yang telah dicurahkan dalam bidang masing-masing, di samping terus mengharumkan nama Suluh Budiman. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh Anak Kandung Suluh Budiman untuk terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Ikhlas daripada,
Pengarah dan Warga Kerja Pusat Alumni UPSI
Selagi Hayat Dikandung Badan, Kami Tetap Berbakti.
Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=1680657304070077&set=pcb.1680657567403384
